top of page

6 Program Khas Penggerak Johor Sepanjang Ramadan 2020

  • Writer: ahmad dhani
    ahmad dhani
  • May 26, 2020
  • 2 min read

Sejak PKP 1, Penggerak Komuniti Negara (PKN) Negeri Johor telah mengadakan sebanyak 6 program secara menyeluruh di serata bumi negeri Johor Darul Ta'zim.

Bermula pada PKP1, di saat roti gardenia sukar untuk ditemui di kedai-kedai runcit kerana kilang ditutup, pihak PKN Pusat telah menempah khas roti-roti ini untuk diagihkan ke seluruh negara. Dan PKN Johor telah memberikan lebih 3000 buku roti gardenia kepada lebih 3000 isi rumah di seluruh negeri Johor.

Tonton video khas daripada PKN Negeri Johor sempena menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Kemudian, minggu berikutnya, menyedari para 'frontliner' yang melawan COVID19 berhadapan dengan masalah kekurangan bekalan face shield, face mask, PPE dan lain-lain peralatan yang diperlukan, kami telah mengusahakan untuk mendapatkan bantuan tersebut.

Melalui kerjasama yang baik dengan pembekal dan aktivis, kami telah membuat facesheild sendiri semata-mata untuk diagihkan kepada frontliner yang bertugas di seluruh negeri Johor.

Kemudian, pada minggu pertama puasa kami telah memberikan bantuan barangan keperluan makanan berupa beras, minyak, gula, telor dan lain-lain keperluan. Bantuan disalurkan kepada seluruh PKN Bahagian di 26 kawasan parlimen di negeri Johor.

Kemudian, aktivis-aktivis PKN Bahagian ini akan terus memberikan dan menghantar sendiri kepada ahli komuniti yang memerlukan.


Seterusnya, program ke 4, PKN Negeri Johor telah mengedarkan ubi kayu ke seluruh negeri Johor untuk kegunaan masak-memasak. Ubi-ubi ini di'pek' ke dalam bungkusan dengan kadar 2-3kg untuk setiap rumah.

Ia sedikit sebanyak memberikan sedikit kelainan kepada penerima. Dan ubi kayu ini kami fokuskan di kawasan-kawasan bandar.


Makala, program kami tidak terhenti di situ sahaja, kerana pada minggu berikutnya pula, PKN Negeri Johor melancarkan program Jelajah Asnaf Penggerak Johor yang memberikan bahan makanan, kuih raya, kain pasang untuk dibuat baju raya dan barangan berkaitan lain.

Segala barangan keperluan ini dihantar secara berkelompok di beberapa lokasi di negeri Johor dimana semua Pengerusi-pengerusi PKN Bahagian akan hadir untuk menerima barangan tersebut dan secara simboliknya disampikan oleh YB Dato' Pengerusi PKN Johor.

Kemudian, wakil-wakil Bahagian akan membawanya pulang ke kawasan masing-masing untuk diagihkan terus kepada masyarakat dan komuniti yang memerlukan.


Dan 4 hari sebelum hari raya aidilfitri, PKN Negeri Johor sekali lagi melangkah jauh dengan program Jelajah Anak Yatim dan Asnaf Penggerak Johor 2020 dimana kami merentas lebih 1377 KM perjalanan yang memakan masa 48 jam.

Dan kami telah menjelajah ke 16 lokasi serata negeri Johor untuk mengimarahkan rumah-rumah anak yatim. Melalui program jelajah ini lebih 1300 orang anak-anak yatim an asnaf menerima manfaat.

Penggerak Komuniti Negara (PKN) Negeri Johor mengucapkan jutaan terima kasih kepada YB Hajah Zuraida Kamaruddin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang memberikan sokongan yang baik kepada gerakan PKN khususnya di negeri Johor.

Dan kami juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada YB Dato' Hj Mohd Rashid Hasnon, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat merangkap Pengerusi PKN Negeri Johor atas sokongan dan masa yang diluangkan untuk menjayakan pelbagai program PKN Johor.

Selain itu, kami juga ingin merakamkan penghargaan kepada Sdr Hizwan Ahmad, Setiausaha Politik (SUPOL) kepada Menteri KPKT dan Cik Siti Amir, Ketua Sekretariat PKN Pusat yang banyak membantu dan mengkordinasi segala program di peringkat Pusat.

Kepada rakan-rakan yang berminat menyertai PKN Johor diharap agar bersabar sedikit masa lagi untuk kami menyediakan boring pendaftaran secara online.


Selain itu, kami juga ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin.

Comments


bottom of page