top of page

Ahli Lembaga Disiplin PKR Pusat Letak Jawatan

  • Writer: ahmad dhani
    ahmad dhani
  • May 2, 2020
  • 1 min read

Kuala Lumpur, 2 Februari 2020.


Salah seorang Ahli Lembaga Disiplin Parti Keadilan Rakyat meletak jawatan dipercayai kerana tidak berpuas hati dengan beberapa tindakan pimpinan parti yang membuat keputusan dengan membelakangkan majlis disiplin parti berkenaan.

Dato' Dr Tan Kee Kwong merupakan mantan Ahli Parlimen Wangsamaju (2013-2018 mewakili PKR) dan pernah juga mewakili rakyat Parlimen Segambut pada PRU 2004 mewakili Parti Gerakan.


Beliau yang sangat mesra dengan panggilan Dr Tan khususnya di Wangsamaju dipercayai hilang kepercayaan kepada kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa orang lagi dalam parti yang sering membuat keputusan berat sebelah.


Surat yang dihantar kepada Presiden dan dilampirkan kepada Setiausaha Agong parti berkenaan ditulis dengan tulisan tangan itu dipercayai dihantar terus ke Ibupejabat parti pada pagi ini.


"Kami percaya ini berikutan dengan kenyataan akhbar yang baru dikeluarkan Setiausaha Agong parti semalam yang melarang ahli PKR menyertai 2 NGO atau Badan Bukan Kerajaan iaitu Penggerak Komuniti Negara dan Pemuda Negara", kata seorang ahli PKR yang rapat dengan Ibu Pejabat PKR.


Justeru, kami di Penggerak Komuniti Negara dengan besar hati menjemput Dato' Dr Tan untuk menyertai kami dalam usaha memperkasakan peranan komuniti dalam menangani wabak COVID 19 sekarang.

Comments


bottom of page