Tahniah YB Dato' Rashid Hasnon dilantik Pengerusi Penggerak Komuniti Negara (PKN) Negeri Johor
- ahmad dhani
- Apr 21, 2020
- 1 min read
Ahli Parlimen Batu Pahat merangkap Timbalan Speaker Dewan Rakyat dilantik sebagai Pengerusi Penggerak Komuniti Negara (PKN) Negeri Johor yang baharu.

YB Dato' Hj Mohd Rashid Hasnon diumumkan sebagai Pengerusi, Penggerak Komuniti Negara (PKN) Negeri Johor yang baharu menggantikan Sdr Mark Mattiew sebagaimana diumumkan di laman Facebook rasmi pada 7 April 2020.
Selain itu, YB Dato' Hj Rashid Hasnon merupakan anak jati negeri Johor yang pernah menjawat jawatan no 2 di Pulau Pinang. Selepas memenangi pilihanraya pada tahun 2013 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Jerjak, YB Dato' Rashid telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri 1, Pulau Pinang.
Pelbagai pengalaman yang diperolehi YB Dato' Rashid ditagih oleh anak watan negeri Johor dan ini memaksa beliau kembali ke negeri kelahirannya iaitu Johor dan bertanding di Parlimen Batu Pahat pada PRU14 tahun 2018.
Selepas diberikan kemenangan oleh rakyat di Batu Pahat, beliau sekali lagi diangkat pula sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat di Parlimen Malaysia.
YB Dato' Rashid yang sebelum ini mewakili PKR dalam pilhanraya telah beralih arah menyokong YB Tan Sri Dato' Muhyiddin Yassin untuk membentuk kerajaan baharu dikenali sebagai kerajaan Perikatan Nasional.
YB Dato' Rashid Hasnon bersama teguh di belakang YB Datuk Seri Azmin Ali, Menteri Kanan: MITI dan YB Zuraida Kamaruddin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan membentuk blok baru politik baharu.
Kini, beliau setapak lagi menjadi Pengerusi, Penggerak Komuniti Negara (PKN) Negeri Johor.
Sehubungan dengan itu, kami warga Penggerak Komuniti Negara (PKN) Negeri Johor mengucapkan sekalung tahniah kepada YB Dato' Rashid Hasnon. Semoga beliau dapat memberikan segala sokongan dan perhatian penuh kepada ahli-ahli dan program Penggerak di negeri Johor selepas ini.
Kommentarer