top of page

Kerna Aku Tidak Sependapat

  • Writer: ahmad dhani
    ahmad dhani
  • Apr 27, 2020
  • 2 min read

Oleh Muhammad Saiful Bahri, Mantan EXCO AMK Pusat


Bagi Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) susuk tubuh beliau tidak asing bagi kami. Idealisma perjuangannya cukup jelas iaitu memperjuangkan keadilan dan merefomasikan negara.

Dek kerana beliau tidak bersependapat maka beliau dibuang dan disisihkan oleh parti. Bagi yang mengikuti perjalanan serta cerita politik AMK saya yakin anda semua tahu bahawa pemilihan parti yang lalu saya bersama beliau dengan menawarkan 3 gagasan utama iaitu Aturan, Memimpin dan Kekuatan.


Dengan slogan keadilan masa depan kami seramai 25 orang seluruhnya menawarkan diri untuk bertanding dengan azam dan tekad untuk mamastikan Parti yang kami perjuangankan ini kuat. Cabaran yang kami hadapi cukup menguji kesabaran dari mula pemilihan sehinggalah tamat pemilihan. Dengan sistemnya, dengan pengawasnya, dengan julaunya dan lain-lain lagi tetapi semangat kami utuh sehingga akhir. Pada 17 Nov 2018, Parti telah mengumumkan siapa yang mendapat tempat untuk mengisi Majlis perwakilan pusat AMK dan umum megetahui bahawa beliau tewas dengan perbezaan 37 undi. Akan tetapi kekalahan ini tidak melemahkan semangat beliau malah beliau makin kuat bekerja untuk memastikan rakyat terus terbela.


Malangnya episode ini tidak berakhir disini, parti semakin mabuk kuasa dan hilang pedoman dek kerana beliau tidak bersependapat dalam beberapa perkara dan pemilihan yang lalu dibawa sehingga ke hari ini.


Bukan sahaja beliau ditindas malah diminta untuk meletakkan jawatan sebagai Exco kerajaan negeri dan yang terbaru digantung tanpa sebab! Kalau ini lah harga yang perlu dibayar untuk menjadi seorang pemimpin yang berkeja untuk rakyat dan kepada rakyat serta memastikan parti kuat maka janganlah kamu gusar wahai sahabat! Kerana Sang Pencipta sentiasa bersama anda. Yang peliknya mereka yang lama bersama makin dibuang dan disisih tetapi mereka yang baru muncul setelah PRU14 diangkat dan dijulang! Mereka yang hilang dulu kini diagungkan! Mungkin parti yang satu ini hanya perlukan mereka yang pandai membodek, memjilat dan mengiyakan barulah ada tempat bersama parti. Semakin hari parti yang satu ini semakin tidak relevan dan semakin terpesong dari perjuang yang asal. “Biarkan luncai terjun dengan labu-labunya. Untuk sahabat saya, Dr. Afif Bahardin terus istiqomah dalam perjuangan yang anda perjuangankan selama ini. Semoga terus maju jaya. Muhammad Saiful Bahari bin Sahari merupakan EXCO AMK (Pemuda) Pusat yang menang No 1 bertanding dalam Pemilihan Parti 2018 daripada 20 slot EXCO AMK Pusat yang ditandangi lebih 70 orang calon seluruh Malaysia.

Comments


bottom of page