Ketua PKR Johor Cuba Memujuk Ahli Majlis Pimpinan Negeri Johor Yang Dah Keluar Parti?
- ahmad dhani

- Apr 21, 2020
- 2 min read
Hari ini saya menerima satu mesej melalui applikasi Whatsapp yang dihantar oleh seorang rakan dengan Tajuk Mesej kepada Anggota MPN Johor bertarikh 21 April 2020 iaitu hari ini.

Mesej tersebut menulis dengan panjang lebar dengan 16 'point' kesemuanya untuk bacaan ahli Majlis Pimpinan Negeri atai MPN Keadilan negeri Johor.
Yang menarik untuk saya kupas adalah MPN mengesahkan bahawa terdapat 17 nama dipecat dan 4 nama hanya digantung keanggotaannya.
Persoalannya, bukanlah sebab isu pemecatan tersebut. Akan tetapi majoriti ahli-ahli PKR yang disebut oleh Ketua PKR Negeri Johor ini adalah diantara ahli Majlis Pimpinan Negeri yang sudah mengumumkan keluar parti bersama beratus-ratus pengikut mereka.
Dijangkakan setakat hari ini sahaja sudah lebih 800 orang mengumumkan keluar parti iaitu 500 orang di Batu Pahat dan 300 orang di Simpang renggam. Ia bukan sekadar keluar parti suka-suka, tetapi siap dengan majlis sidang akhbar yang dihadiri ramai wartawan tempatan.
Dan lebih mengejutkan, bagaimana 4 orang yang digantung adalah daripada Cabang Simpang Renggam sudah secara rasmi membuat pengumuman di sesi sidan media yang telah diadakan sebelum PKP diumumkan.
Klik gambar di atas untuk membaca berita 300 Anggota PKR Simpang Renggam kelaur Parti.
Apakah Syed Ibrahim, Ketua PKR Johor buta atau dia tidak membaca akhbar atau memang sebenarnya dia tidak ada di negeri Johor sebagaimana semua sedia maklum bahawa beliau bukanlah anak watan Johor yang bertanding di Parlimen Ledang semasa PRU14 yang lepas hanya kerana dia dikatakan rapat dengan Istana Bukit Segambut.
Ditakdirkan rakyat di Ledang memilih beliau untuk mewakili Parlimen Ledang pasca PRU14. Dan beliau diangkatlah sebagai Ahli Parlimen Ledang. Kemudian, beliau bertanding jawatan Ketua Cabang (Bahagian) Ledang menentang ADUN Pemanis YB Dr Chong Fat Full.
Dalam perebutan tersebut YB Syed Ibrahim tersungkur kalah teruk di tangan anak tempatan YB Dr Chong. Yang pelik beliau pulak yang dilantik sebagai Pengerusi PKR Negeri Johor oleh Anwar Ibrahim.
Dan hari ini kalau benarlah mesej ini datangnya daripada beliau, saya mencabar Syed Ibrahim agar turut memecat 4 lagi pimpinan peringkat Cabang Simpang Renggam ini.
Atau apakah beliau sebenarnya sedang berusaha untuk memancing pimpinan negeri yang mengumumkan keluar parti untuk balik bersama beliau.
Menurut mesej tersebut berikut adalah mereka-mereka yang terlibat dalam pemecatan dan penggantung keahlian PKR.
Dipecat: 1. Batu Pahat: Mohd Rashid Hasnon 2. Ledang: Chong Fat Full 3. Segamat: Santhara Kumar A/L Ramanaidu 4. Pontian: Ronald Sia Wee Yet 5. Kluang: Mark Matthew 6. Labis: Pang Yock Tong 7. Segamat: Sivarajah A/L M Ayadurai 8. Mersing: Rahamizon Bt Abdul Ghani 9. Sekijang: Tan Poh Lai 10. Batu Pahat: Pek Hwee Seong 11. Batu Pahat: Lock Chee Yeong 12. Batu Pahat: Selvaretnam A/L G.Samy 13. Batu Pahat: Samin Bin Sies 14. Batu Pahat: Ang Hui Ming 15. Batu Pahat: So Lee Na 16. Batu Pahat: Mohd Faizaal Bin Mohd Yusak 17. Tebrau: Muhammad Saiful Bin Bahari

Digantung: 1. Simpang Rengam: Mohd Ishak bin Shir Mohamad 2. Simpang Rengam: Mohd Rafi bin Lahuri 3. Simpang Rengam: Nur Khurul Ain binti Abd Samat 4. Simpang Rengam: Amil Hamzah bin Saman
Zaihan Zainal, merupakan Setiausaha Penggerak Komuniti Negara (PKN) Negeri Johor merangkap Pengerusi KITAMUO dan Presiden Alumni Sekolah Politik IKD. Dan pihak Penggerak Muafakat Negara (PKN) Negeri Johor tidak akan bertanggungjawab ke atas segala pandangan penulis.










Meroyan ajalh pengerusi mpn johor..sepatutnya datok rashid yg ganti yb pk hassan..nak pecat.pecat jelah..xde apa lgi nk diperjuangkn dlm pkr...setelah yb kkzu and dsaa dipecat...kirim salam aja lh..