top of page

Ketua Wanita Keadilan Cabang Muar Menyertai Penggerak Johor

  • Writer: ahmad dhani
    ahmad dhani
  • May 5, 2020
  • 1 min read

5 Mei 2020, Parlimen Malaysia, Kuala Lumpur

YB Dato' Hj Mohd Rashid Hasnon menerima kemasukan YBhg Datin Sohella binti Mahmood, mantan Ketua Wanita Keadilan Cabang Muar ke dalam Penggerak Komuniti Negara (PKN) Negeri Johor di Pejabat Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat petang tadi.


Datin Sohella yang baru meletakkan jawatan dan turut mengumumkan keluar parti 2 hari lepas juga merupakan aktivis masyarakat yang sangat aktif di Muar.

Sblm ini beliau sangat aktif dgn pelbagai program kemasyarakatan di Muar bersama NGO Pertubuhan Siti Khadijah Muar sangat mendapat sokongan daripada pelbagai pihak.

Idealisme Penggerak Komuniti Negara yangg fokus kepada pembangunan komuniti melalui pelbagai aktiviti kemasyarakatan menarik minat beliau untuk bersama dengan pelbagai usaha kami.


Justeru, hari ini Datin Sohella Mahmood telah dengan rasminya menyerahkan borang keahlian Penggerak Komuniti Negara kepada YB Dato' Hj Rashid Hasnon, Pengerusi Penggerak Komuniti Negara, Negeri Johor.


Dan kami mengucapkan selamat datang kpd YBhg Datin Sohella ke keluarga besar Penggerak Komuniti Negara.


Comentarios


bottom of page