top of page

Terima Kasih Sdr Mark Mattiew

  • Writer: ahmad dhani
    ahmad dhani
  • Apr 21, 2020
  • 1 min read

Sdr Mark Mattiew telah memimpin Penggerak Komuniti Negara (PKN) Negeri Johor yang dahulunya dikenali sebagai Penggerak Muafakat Nasional Negeri Johor semenjak Januari 2019.

Selama setahun, Sdr Mark Mattiew telah berusaha keras menaikkan nama Penggerak Muafakat Nasional Negeri Johor sehingga begitu berperanan penting dalam mengaktifkan komuniti dan masyarakat di seluruh negeri Johor.

“Kita mesti ingat akan rakyat dan orang marhein sebelum kita memikirkan untuk diri kita” Mark Mattiew.

Beliau sangat kami senang degan panggilan Mr Mark begitu merakyat dalam pentadbirannya. Ketika kerajaan Pakatan Harapan memerintah negeri Johor Sdr Mark Mattiew turut dilantik sebagai Pegawai Khas di Pejabat Menteri Besar.


Kerjaya Politik Sdr Mark Mattiew



Sdr Mark Mattiew sebelum ini adalah Ketua PKR Cabang Kluang dan merupakan Ahli Majlis Pimpinanan Keadilan Negeri Johor atau dikenali sebagai MPN Johor.


Beliau yang terkenal sebagai seorang pemimpin yang vokal memberikan kelebihan kepada Penggerak Komuniti Negara (PKN) Negeri Johor.


Tidak pernah mengenal erti penat dan lelah, Sdr Mark Mattiew yang mempunyai hati yang besar telah memberikan laluan kepada YB Dato' Mohd Rashid Hasnon untuk memimpin Penggerak Komuniti Negeri Johor mulai April 2020.


Justeru, kami keluarga besar Penggerak Komuniti Negara (PKN) Negeri Johor mengucapkan jutaan terima kasih kepada Sdr Mark Mattiew atas segala tugasan dan kerja yang pernah beliau lalukan selama ini.


Sesungguhnya, Penggerak Komuniti Negeri Johor tidak akan ke tahap sekarang tanpa kepimpinan Sdr Mark Mattiew.



Comments


bottom of page