Penggerak Komuniti Negara (PKN) Johor Sumbang Face Shield Kepada PDRM Johor
- ahmad dhani
- Apr 23, 2020
- 1 min read
YB Dato' Hj Mohd Rashid Hasnon, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat merangkap Pengerusi, Penggerak Komuniti Negara (PKN) Negeri Johor telah menyampaikan sumbangan berupa Face Sheild dan beberapa peralatan lain khususnya untuk kegunaan anggota PDRM yang terlibat sebagai 'frontliner' sempena koronavirus COVID19.

YB Dato' Hj Mohd Rashid Hasnon turut diiringi Sdr Zaihan Zainal, Setiausaha Penggerak Komuniti Negara (PKN) Negeri Johor serta Dato' Tan Lek Khang, Pengerusi Pertubuhan Prihatin Rakyat Johor.
YBhg Datuk Ayub Khan, Ketua Polis Negeri Johor menyambut kehadiran kami dengan mesra dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada warga Penggerak Komuniti Negara (PKN) Negeri Johor atas usaha membantu pihak PDRM dengan menyediakan sumbangan berbentuk Face Shield yang sangat diperlukan oleh pihak PDRM untuk anggota-anggota mereka yang terlibat dengan tugasan frontline.

Kami di pihak Penggerak Komuniti Negara (PKN) Negeri Johor amat berbesar hati dapat membantu pihak PDRM Negeri Johor.

Comments