Penggerak Komuniti Negara (PKN) Negeri Johor Beri Sumbangan Face Shield Kepada Bomba Johor
- ahmad dhani
- Apr 23, 2020
- 1 min read
22 April 2020, Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Johor, Johor Baharu
YB Dato' Hj Mohd Rashid Hasnon, Pengerusi Penggerak Komuniti Negara (PKN) Negeri Johor menyampaikan sumbangan berupa Face Shield dan peralatan lain kepada Yang Setia Datuk Yahaya Hj Madis, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Johor.

Sumbangan facesheild ini bertujuan untuk kegunaan anggota-anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Johor yang terlibat secara langsung dengan kerja-kerja 'frontier' memerangi wabak Covid 19.
Selain itu, YB Dato' Hj Rashid dan YS Datuk Yahaya turut mengambil kesempatan bertukar-tukar fikiran mengenai peranan yang boleh diambil oleh aktivis-aktivis Penggerak Komuniti Negara khususnya di negeri Johor Darul Takzim.

Semoga pertemuan ini dapat mengeratkan lagi hubungan Penggerak Komuniti Negara (PKN) Negeri Johor dengan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Johor.
Comments