Penggerak Muafakat Negeri Johor Kini Dikenali Sebagai Penggerak Komuniti Negara (PKN) Negeri Johor
- ahmad dhani
- Apr 21, 2020
- 1 min read
Penggerak Muafakat Nasional adalah badan bukan kerajaan dengan objektif membantu dari segi kebajikan, kesejahteraan dan pembangunan komuniti dengan kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan seiring dengan “Dasar Komuniti Negara” yang dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada 2019 dan sekaligus memperkukuh Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

Di seluruh negara kami mempunyai 180 Badan Pelaksana diperingkat kawasan yang dipimpin Majlis Koordinator Negeri di setiap 14 negeri di Malaysia.
Kemudian, pada bulan April 2020 Penggerak Muafakat Nasional Negeri Johor mengikuti perubahan nama sebagaimana di peringkat pusat dikenali sebagai Penggerak Komuniti Negara.
Dengan perubahan nama kepada Penggerak Komuniti Negara (PKN) Negeri Johor, ia dijangkan dapat memberikan lebih fokus kepada lebih 5,000 ahli yang telah mendaftar sebagai sukarelawan Penggerak Komuniti Negara (PKN) Negeri Johor.
Aktivis Penggerak di peringkat kawasan akan diketuai oleh seorang Ketua atau Pengerusi Kawasan. Dan setiap kawasan akan diwakili di setiap 26 parlimen yang ada di negeri Johor.
Comments