top of page

PENYERAHAN BARANG MAKANAN DARIPADA PENGGERAK KOMUNITI NEGARA NEGERI JOHOR KEPADA WAKIL ZON SELATAN

  • Writer: ahmad dhani
    ahmad dhani
  • Apr 25, 2020
  • 1 min read

24 April 2020, Tebrau, Johor Baharu


YB Dato’ Hj Mohd Rashid Hasnon, Timbalan Speaker Dewan Rakyat merangkap Pengerusi Penggerak Komuniti Negara (PKN) Negeri Johor dan YB Dr. Chong Fat Full Exco Kerajaan Negeri merangkap Adun Pemanis bersama wakil SWM Tuan Mohd Zan menyerahkan sejumlah keperluan harian untuk diagihkan kepada Penggerak Komuniti Negara Bahagian Johor Selatan yang diketuai oleh Sdr Muhammad Saiful Bahri bin Sahari.


Majlis berjalan dengan lancar dan tersusun serta mematuhi arahan penjarakan sosial semasa program berlangsung di Dewan Masyarakat, Jalan Barli, Bandar Baru Uda, Johor Baharu.


Diantara Penggerak Komuniti Negara kawasan yang terlibat adalah Johor Bahru, Tebrau, Pulai, Iskandar Puteri, Pasir Gudang, Kulai dan Tanjung Piai.


Dan sumbangan berupa barangan keperluan makanan seperti beras, minyak, gula, garam, meehon, biskut dan pelbagai lagi keperluan asas yang lain.



Insya Allah anggota Penggerak parlimen Johor Bahru, Tebrau, Pulai, Iskandar Puteri, Pasir Gudang, Kulai dan Tanjung Piai akan mula mengagihkan mulai petang tadi.



Sdr Muhammad Saiful Bahri bin Sahari menerima sumbangan disaksikan YB Dato' Mohd Rashid Hasnon, YB Dr Chong Fat Full dan juga En Md Zan, wakil syarikat SWM.


Sdr Yahya bin Haron berbaju merah merupakan Pengerusi Penggerak Komuniti Negara Kawasan Pasir Gudang.


Dao' Sri Poobalan, Pengerusi Penggerak Komuniti Negara Kawasan Pulai berbaju merah jambu turut memberikan 'thumb up' tanda gembira menerima barangan keperluan untuk diagihkan di kawasan Pulai.


Sdr Richard Tan, Pengerusi Penggerak Komuniti Negara Kawasan Johor Baharu menerima sumbangan untuk diagihkan di Johor baharu.


Sdr Daeng Adam Hj Abd Rahim menerima sumbangan ini untuk diagihkan ke kawasan parlimen Kulai.




#penggeraknasional#penggerakkomuniti#penggerakjohor@ Jalan Barli.. Bandar Baru Uda, JB..

Comments


bottom of page