PENYERAHAN BARANGAN BANTUAN KEPADA WAKIL PENGGERAK SELURUH NEGERI JOHOR
- ahmad dhani
- Apr 27, 2020
- 2 min read
Pada 25 hb April 2020 sempurnalah tugasan pihak pimpinan Penggerak Komuniti Negara (PKN) Negeri Johor selepas mengagihkan semua barangan keperluan kepada Pengerusi-pengerusi Penggerak Komuniti Negara peringkat kawasan parlimen masing-masing.

1. Zon Johor Selatan

Program diaturkan mengikut zon bermula di zon Selatan pada 22 April 2020 di Dewan Masyarakat Bandar Baru Uda yang melibatkan 7 Penggerak Komuniti Kawasan iaitu Johor Baharu yang diketuai oleh Sdr Richard Tan, Tebrau diketuai oleh Sdr Muhammad Saiful Bahri bin Sahari, Pulai diketuai YBhg Dato' Sri Poobalan, Iskandar Puteri diketuai oleh Sdr Yugeswaran, Pasir Gudang diketuai Sdr Mohd Yahaya Haron dan Tanjung Piai.
2. Zon Johor Timur

Kemudian pada tanggal 23 April 2020, jam 9.00 pagi kami telah ke Bandar Kota Tinggi untuk sesi penyerahan barangan keperluan makanan ini kepada Pengerusi-pengerusi Penggerak Zon Johor Timur yang melibatkan Mersing diketuai Sdri Rahamizon yang juga mantan Ketua Wanita Keadilan Negeri Johor yang telah dipecat daripada parti 2 minggu lalu.
Seterusnya, Sdr Thanabalan yang mengetuai Penggerak Kota Tinggi, Datuk Tan Lek Khang mengetuai Penggerak Tenggara dan SdrSyed Abdullah yang diberikan kepercayaan memimpin Penggerak Penggerang.
3. Zon Utara

Seterusnya pada 23 April 2020 jam 3 petang kami ke Bandar Tangkak untuk mengagihkan kepada Pengerusi Penggerak Zon Utara yang terdiri daripada Dato' Sri Sivarajah yang mengetuai Segamat, Sdr Jason Tan mewakili Ledang, Sekijang diwakili Sdr Johari dan Labis diketuai oleh mantan Ketua Cabang Labis iaitu Sdr Pang Yock Tong.
4. Zon Tengah 1

Pada 25 April 2020 jam 11 pagi pula kami telah hadir ke Dewan Jubli Intan, Muar untuk mengagihkan barangan bantuan kepada Pengerusi-pengerusi Penggerak Kawasan seperti Muar yang diwakili oleh Sdr Edzhar Jasmary, Bakri diketuai oleh Sdr Mohd Faizal Mohd Yusak, Pagoh diketuai oleh Sdr Roslan.
Majlis di Muar turut dihadiri oleh En Norariffin bin Nordin mewakili SWM Zon Utara serta Sdr Khidir yang merupakan Ahli Majli Perbandaran Muar (MPM).
5. Zon Tengah 2

Seterusnya pada 25 April 2020 jam 5 petang kami ke Ayer Hitam untuk bersama dengan Pengerusi Penggerak bagi kawasan Ayer Hitam yang diketuai oleh Sdri Khurul Nurul Ain Binti Samat, Sdr Mark Mattiew mengetuai Kluang, Sdr Mohd Ishak Sher Mohd yang mengetuai Simpang Renggam, Sdr Yusof yang mengetuai Sembrong, Tn Hj Bakri Mohd Said mengetuai Sri Gading, Sdr Ronald yang mengetuai Pontian dan Sdr Siva yang mewakili Batu Pahat.
Barangan makanan asas ini diberikan kepada Penggerusi Penggerak Negara peringkat kawasan masing-masing untuk diagihkan kepada rakyat yang memerlukan.
Disamping itu, pihak pimpinan negeri senantiasa mengingatkan Pengerusi-pengerusi kawasan agar menjaga kesihatan dan kebersihan sepanjang melaksanakan penghantaran bantuan. Khususnya wajip untuk menjaga jarak sosial 1 meter.
Comments