PKR LUCU DAN BERFIKIR SINGKAT LARANG AHLI SERTAI NGO
- ahmad dhani

- May 2, 2020
- 1 min read
Oleh Sdr Hizwan Ahmad Penggerak Komuniti Negara Wilayah Persekutuan (PKNWP) maklum akan surat arahan yang telah dikeluarkan oleh Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Setiausaha Agung PKR yang melarang ahli parti pembangkang tersebut daripada terlibat dan bekerjasama dengan Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan Penggerak Komuniti Negara dan Pemuda Negara.

PKNWP ingin menegaskan bahawa pertubuhan ini adalah berorientasikan pendayaan komuniti dan pihak kami menyangkal sebarang persepsi negatif yang cuba dicipta oleh beliau. Pertubuhan ini diarus perdanakan dengan objektif membantu dari segi kebajikan, kesejahteraan dan pembangunan komuniti rakyat Malaysia dengan kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan selaras dengan Dasar Komuniti Negara yang dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada 17 Februari 2019 yang lalu. Penggerak Komuniti Negara amat mengalu-alukan kerjasama semua rakyat Malaysia merentasi sempadan kaum, budaya, agama, dan fahaman politik untuk bersama melibatkan diri dalam program-program kemasyarakatan yang dianjurkan oleh kluster Penggerak Komuniti Negara di kesemua 198 kawasan seluruh negara. Sehubungan dengan itu, walaupun pertubuhan ini telah disenarai hitam oleh Parti Keadilan Rakyat kami sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan setiap anggota parti tersebut Kini kami sedang giat membantu kerajaan menyalurkan bantuan kepada seluruh rakyat Malaysia yang terkesan dengan pandemik COVID19.Justeru kenyataan politik PKR yang memberi amaran untuk mengambil tindakan kepada aktivis kami yang merupakan ahli PKR tidak perlu dihiraukan.Walau bagaimanapun, kami anggap ini sebagai cabaran dan akan berusaha lebih keras untuk menemui setiap ahli PKR dan menarik mereka untuk menyertai kami demi Malaysia yang lebih peduli” 1 MEI 2020 Nor Hizwan Ahmad Pengerusi Penggerak Komuniti Wilayah Persekutuan
merangkap Setiausaha Politik Kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan









Comments