top of page

SELAMAT HARI PEKERJA

  • Writer: ahmad dhani
    ahmad dhani
  • May 1, 2020
  • 1 min read

Oleh YB Dato' Hj Mohd Rashid Hasnon.

Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Pekerja walaupun untuk pertama kalinya pada tahun 2020 ini tiada sambutan besar-besaran dibuat untuk meraikan golongan pekerja di Malaysia bahkan di serata dunia akibat penularan Wabak COVID 19.

Kaum pekerja ada aset terpenting negara yang tidak terhingga nilainya. Tanpa mengira samada kelompok profesional, pengurusan mahu pun pekerja koler biru semuanya mempunyai peranan masing - masing yang cukup penting dalam perjalanan sistem pentadbiran sesebuah negara. Jasa dan bakti kaum pekerja baik di sektor kerajaan mahupun swasta lebih terserlah dan dipandang tinggi di waktu Perintah Kawalan Pergerakan ini. Mana mungkin Malaysia dapat mengawal penularan wabak COVID 19 berbanding negara lain tanpa pasukan yang hebat di dalam kerajaan yang diketuai oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Mana mungkin bantuan dapat disalurkan segera pada yang terjejas dan memerlukan tanpa pasukan yang pantas bergerak yang diketuai oleh Majlis Keselamatan Negara. Mana mungkin kita dapat duduk di rumah dengan selesa tanpa sampah dan sisa makanan kita diurus dengan cekap dan disiplin oleh pekerja pembersihan. Sungguh pun di kala ini kaum pekerja tertekan dengan apa yang sedang dilalui di seluruh dunia tetapi yakin dan percaya kita pasti akan dapat mengatasi ujian ini. Oleh itu, kaum pekerja di Malaysia berbanggalah kerana kamu adalah wira dan permata negara. Selamat Hari Pekerja Selamat berpuasa Selamat berbuka Patuhi PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN dari masa ke semasa demi kesejahteraan kita bersama.


YB Dato' Hj Mohd Rashid Hasnon, Pengerusi Penggerak Komuniti Negara (PKN) Negeri Johor merangkap Timbalan Speaker Dewan Rakyat merangkap Ahli Parlimen Batu Pahat. #KekalTenang #DudukRumah #KekalSihat #BerjimatCermat #SejahteraBersama





Comments


bottom of page