SULTAN JOHOR TERIMA MENGADAP MENTERI KPKT & MENTERI PERPADUAN NEGARA
- ahmad dhani
- Apr 23, 2020
- 1 min read
23 April 2020, Istana Pelangi, Johor Baharu
YB Pn Hajah Zuraida Kamaruddin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) merangkap Penaung, Penggerak Komuniti Negara diterima mengadap DYMM Sultan Ibrahim Iskandar, Sultan Johor pagi tadi.

DYMM Sultan Johor dan YB Pn Hajah Zuraida Kamaruddin yang secara tidak sengaja mengenakan baju bewarna yang sama pada pagi tadi benar-benar menarik perhatian ramai.
Warna 'soft pink' atau merah jambu lebut memberikan terjemahan bahawa kedua-dua orang pemimpin ini sama-sama bersedia untuk bekerjasama dalam pelbagai usaha pembangunan di negeri yang turut terkenal sebagai 'Negeri Harimau Selatan'.
Turut hadir adalah Datuk Halimah Mohamed Sadique, Menteri Perpaduan Negera merangkap Ahli Parlimen Tenggara.

Pertemuan bersama Baginda Tuanku Sultan berlangsung di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru yang turut membincangkan pelbagai perkara penting mengenai kemajuan Negeri Johor.
Hadir sama, Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad dan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Dato' Azmi Rohani.
תגובות