top of page

Beribu Roti Diagihkan oleh Penggerak Komuniti Negara (PKN) Negeri Johor

  • Writer: ahmad dhani
    ahmad dhani
  • Apr 21, 2020
  • 1 min read

Sempena Perintah Kawalan Pergerakan atau PKP di seluruh negara, pihak Penggerak Komuniti Negara (PKN) Negeri Johor telah mengedarkan hampir 10,000 roti di seluruh negeri Johor minggu lalu.


Gambar : Kiri YB Dr Chong Fat Full, EXCO Kerajaan Negeri Johor merangkap Pengerusi Penggerak Komuniti Negara Kawasan Ledang menerima roti sumbangan Penggerak Komuniti Negara Pusat.


Roti-roti ini telah diedarkan oleh aktivis Penggerak Komuniti Negara diketuai Pengerusi Kawasan masing-masing. Terdapat 26 Parlimen dengan 26 Penggerak Komuniti Negara peringkat Kawasan.

“Rakyat sejahtera tunjang negara”, YB Zuraida Kamaruddin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.


Hasil daripada reaksi dan tindakbalas pantas oleh aktivis-aktivis Penggerak Komuniti Negara khususnya di negeri Johor, pihak sekretariat mendapati ramai rakyat tidak mendapat bekalan makanan khususnya roti dengan mencukupi.


Justeru, dengan kerjasama Pejabat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Penggerak Komuniti Negara berjaya mengumpulkan dana untuk menempah terus roti dari kilang Gardenia untuk edaran segera ke seluruh negeri Johor.



Roti Gardenia diagihkan ke seluruh negeri Johor oleh aktivis Penggerak Komuniti Negera (PKN) Negeri Johor.


















Justeru, kepimpinan peringkat negeri Johor mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh aktivis Pengerak Komuniti Negara (PKN) Negeri Johor yang terlibat dengan program pengagihan roti-roti ini di kawasan parlimen masing-masing.


Kami juga berharap sumbangan roti ini daptlah serba sedikit menggembirakan perasaan rakyat yang terputus bekalannya sejak beberapa minggu yang lalu akibat PKP.

Commentaires


bottom of page